|
Diktron Papan BA (BA Board)
1. Papan BA Papan BA standard mempunyai kalkulator menggantikan jadual untuk mengira waktu wisel berbunyi. Prosedur. Pegawai Kawalan BA menanggalkan kunci dari DSX MK1 atau MK11 dan merakamkan waktu masuk di atas Tally. Sebaik sahaja memasukkan Tally ke lurang yang tersedia, ia akan memutar kalkulator kepada waktu masuk, dan baca jangka masa wisel berpandukan isi kandung cylinder boleh di dapati dari kalkulator. Seterusnya mengisi lokasi dan kenyataan lain seperti kebiasaan. Jam yang terdapat pada papan BA sekiranya perlu boleh menggunakan kawalan radio MSF (Hanya di United Kingdom) dan akan memberi bacaan tepat GMT
2. Papan BA Papan BA tahap 2 dengan penambahan sifat termasuk kemudahan Rapid Deployment. Prosedur. Pemakai BA menanggalkan kunci dari unit DSX dan meletakannya ke dalam lurang yang disediakan pada Papan BA. Dengan ini Pemakai BA sudah bersedia dan boleh memasuki ruang dan pada masa yang sama Pengawal Papan BA akan menyediakan Papan BA yang akan mengambil lebih kurang 10 minit untuk disiapkan. Walaupun Pemakai BA telah 10 minit memasuki ruang, Pegawal Papan masih boleh memasukan data terperinci keatas Papan BA hanya dengan berpandukan masa terdahulu di bandingkan dengan jangka semasa. Sebagai contoh sekiranya jangka semasa ada lah 1-30 maka masa Pemakai BA memasuki ruang adalah 1-20, jika diambil bacaan kandungan silinder dikatakan 180 Bar maka Pengawal dapat mencatatkan masa sebenar wisel ke kalkulator.
Papan BA kecil dengan empat lurang digunakan untuk bantuan permulaan di mana tindakan segera adalah perlu untuk tugas menyelamat dan dalam keadaan kekurangan petugas penyelamat.
Prosedur.
Apabila sampai ke kawasan kejadian, Pemakai B.A akan menanggalkan kunci dan Tally daripada DSX MKI atau MKII Distress Signal dan masukkan kedalam lurang yang disediakan pada Papan BA. Pemakai BA sekarang sedia untuk memasuki tempat kejadian. Papan BA secara otomatik akan memantau masa berlalu bersamaan tekanan cylinder berdasarkan teori kegunaan 40 liter/min. Apabila petugas penyelamat bertambah bilangannya dan kawalan penuh perlu untuk memasuki ruang, maka Pengawal Papan BA akan mengalehkan catatannya dari Papan BA empat lurang kepada Papan BA Tahap 2. secara kebiasaan dengan secara langsung meneruskan pemantauan ke atas pemakai BA yang berada di dalam ruang.
Waspada KERJA BERAT AKAN MENGURANGKAN JANGKAMASA.
Adalah penting diberi perhatian bahawa papan kecil amat berguna untuk kegunaan di Lapangan Terbang dan keadaan di mana tindakan segera adalah perlu. Ia bukanlah satu penganti kepada penggunaan Papan BA Tahap 2.
Nota! Rujuk kepada Technical Bulletin 1/1997 CNP3 Rapid Deployment Prosedur.
|